Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan
Ahad, April 06, 2014
Rabu, Mac 26, 2014
KURSUS GURU PASTI KAWASAN JASIN 2014
Jabatan PASTI Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin telah berjaya menganjurkan Kursus Guru PASTI Kawasan bertempat di PASTI ASSolihin, Taman Debunga Merlimau.Program yang julung kali diadakan ini telah berjaya menghimpunkan guru-guru pasti dari seluruh daerah Jasin. Program bermula seawal jam 8.00 pagi dan dijangka berakhir jam 4.00 petang ini.
Antara pengisian yang disampaikan ialah pedagogi pengajaran di PASTI, pengajaran interaktif dan sebagainya. Guru-guru PASTI turut didedahkan dengan kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan oleh penceramah jemputan. Semoga pengisian yang telah disampaikan memberikan manfaat dan nilai tambah kepada guru-guru yang menyertai program pada hari ini.
Isnin, Mac 24, 2014
Jabatan PASTI Anjur Kursus Untuk Guru
Pada 26 Mac 2014, Jabatan PASTI Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin akan menganjurkan kursus guru pasti peringkat kawasan bertempat di PASTI As-Solihin Merlimau. Antara pengisian program yang bakal dilaksanakan ialah tajuk-tajuk pedagogi untuk pembelajaran awal kanak-kanak, pengurusan pasti berkapasiti tinggi dan pengajaran dan pembelajaran kreatif. Penceramah berpengalaman telah dijemput bagi memberikan pengisian terutama kepada guru-guru pasti. Sehubungan dengan itu, semua guru-guru PASTI kawasan Jasin diwajibkan menghadirkan diri bagi menambah ilmu yang sedia ada.Setiap PASTI dikehendaki menyediakan yuran penyertaan sebanyak RM 15 untuk seorang guru pasti dan ditanggung oleh PASTI masing-masing. Selamat Berkursus
Selasa, Ogos 16, 2011
PERTANDINGAN MENCIPTA MASKOT PASTI
Pasti Malaysia menganjurkan pertandingan mencipta maskot bagi menggiatkan usaha promosi dan memperkenalkan Pasti agar masyarakat dapat mengenali institusi pendidikan prasekolah itu dengan lebih dekat.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pasti, Mad Shahmior Mat Kosim, maskot yang dicipta mestilah mudah dikenali dan kelihatan mesra bagi membantu mempromosikan Pasti ke tengah masyarakat
Beliau berkata, pertandingan tersebut terbuka kepada warganegara Malaysia dan tarikh tutup pertandingan adalah pada 31 Ogos 2011.“Maskot yang dicipta hendaklah sopan dan menepati ciri-ciri akhlak Islam, boleh menggunakan rujukan haiwan, tumbuhan mahupun manusia dewasa atau kanak-kanak.
“Penerangan konsep mascot boleh dibuat secara bertulis, beranimasi atau menggunakan video,” jelasnya.Hasil ciptaan maskot, tambah Shahmior hendaklah asli dan bukan plagiat daripada mana-mana pihak.Pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM1,000. Hasil karya boleh dihantar ke Sekretariat Pertandingan Mencipta Maskot Pasti Malaysia, Ibu Pejabat Pasti Malaysia, No. 1027, Jalan Samudera Utama, Taman Samudera, 68100 Batu Caves, Selangor atau emel ke pasti_pusat@yahoo.com.my
Pertanyaan lanjut boleh dibuat ke Ibu Pejabat Pasti Malaysia di talian 03 61876592.
Langgan:
Catatan (Atom)




