Iklan 2

Iklan 2

Pengikut

Isnin, Mac 24, 2014

Jabatan PASTI Anjur Kursus Untuk Guru

Pada 26 Mac 2014, Jabatan PASTI Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin akan menganjurkan kursus guru pasti peringkat kawasan bertempat di PASTI As-Solihin Merlimau. Antara pengisian program yang bakal dilaksanakan ialah tajuk-tajuk pedagogi untuk pembelajaran awal kanak-kanak, pengurusan pasti berkapasiti tinggi dan pengajaran dan pembelajaran kreatif. Penceramah berpengalaman telah dijemput bagi memberikan pengisian terutama kepada guru-guru pasti. Sehubungan dengan itu, semua guru-guru PASTI kawasan Jasin diwajibkan menghadirkan diri bagi menambah ilmu yang sedia ada.Setiap PASTI dikehendaki menyediakan yuran penyertaan sebanyak RM 15 untuk seorang guru pasti dan ditanggung oleh PASTI masing-masing. Selamat Berkursus

Tiada ulasan: