Iklan 2

Iklan 2

Pengikut

Isnin, Ogos 04, 2014

PROGRAM ALAM RIA PASTI KAWASAN JASIN

Jabatan PASTI Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin akan mengadakan program Alam Ria PASTI Kawasan Jasin pada 16 Ogos 2014 bertempt di KPA Agro Bazaar Resort, Lebuh AMJ bermula jam 8.30 pagi hingga jam 1.30 petang. Program yang merupakan agenda tahunan Jabatan PASTI ini bakal mengukir sejarah tersendiri dimana program ini bakal dilaksanakan sekali bersama Jamuan Hari Raya Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin. 

Menurut pengarah program, program yang saban tahun diadakan ini bakal menghimpunkan bakat bakat baru yang mewakili PASTI dalam kawasan Jasin dan bertujuan untuk meraikan Sambutan AidilFitri yang masih lagi disambut dalam bulan Syawal.Justeru itu, semua dijemput hadir bagi sama-sama meraikan Majlis Program Alam Ria PASTI dan Jamuan Hari Raya yang bakal dilaksanakan nanti.

Rabu, Mac 26, 2014

KURSUS GURU PASTI KAWASAN JASIN 2014

Jabatan PASTI Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin telah berjaya menganjurkan Kursus Guru PASTI Kawasan bertempat di PASTI ASSolihin, Taman Debunga Merlimau.Program yang julung kali diadakan ini telah berjaya menghimpunkan guru-guru pasti dari seluruh daerah Jasin. Program bermula seawal jam 8.00 pagi dan dijangka berakhir jam 4.00 petang ini.



Antara pengisian yang disampaikan ialah pedagogi pengajaran di PASTI, pengajaran interaktif dan sebagainya. Guru-guru PASTI turut didedahkan dengan kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan oleh penceramah jemputan. Semoga pengisian yang telah disampaikan memberikan manfaat dan nilai tambah kepada guru-guru yang menyertai program pada hari ini. 

Isnin, Mac 24, 2014

Jabatan PASTI Anjur Kursus Untuk Guru

Pada 26 Mac 2014, Jabatan PASTI Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin akan menganjurkan kursus guru pasti peringkat kawasan bertempat di PASTI As-Solihin Merlimau. Antara pengisian program yang bakal dilaksanakan ialah tajuk-tajuk pedagogi untuk pembelajaran awal kanak-kanak, pengurusan pasti berkapasiti tinggi dan pengajaran dan pembelajaran kreatif. Penceramah berpengalaman telah dijemput bagi memberikan pengisian terutama kepada guru-guru pasti. Sehubungan dengan itu, semua guru-guru PASTI kawasan Jasin diwajibkan menghadirkan diri bagi menambah ilmu yang sedia ada.Setiap PASTI dikehendaki menyediakan yuran penyertaan sebanyak RM 15 untuk seorang guru pasti dan ditanggung oleh PASTI masing-masing. Selamat Berkursus

Selasa, Januari 21, 2014

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL DAN HARI Q PASTI NEGERI MELAKA

Assalamualaikum

PASTI Negeri Melaka menjemput tuan / puan Pengurus PASTI Cawangan dan Guru-Guru PASTI Negeri Melaka untuk sama-sama menghadiri Majlis Sambutan Maulidurrasul dan Hari Q PASTI Negeri Melaka yang akan diadakan pada hari sabtu 25 Januari 2014 bermula jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Rakyat Bukit Katil, Melaka. Antara acara yang diadakan ceramah agama, selawat dan penyampaian anugerah kualiti 2013 dan Jamuan. Semua Pengurus PASTI Cawangan dan Guru-Guru PASTI Negeri Melaka dijemput hadir

Selasa, September 17, 2013

Pendaftaran PASTI 2014 Kini Di Buka

HUBUNGI GURU-GURU DI PASTI CAWANGAN BERHAMPIRAN ANDA. MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:


1.       KAW. ALOR GAJAH: EN. ZUKRY (0196847243), PN ROHAYA (0166551044)

2.       KAW. MASJID TANAH: EN. LOKMAN (0199961256), PN ZALEHA (0136602362)

3.       KAW. BUKIT KATIL: EN AIZUDDIN (0176169526), PN NORMAH (0197776261)

4.       KAW. TANGGA BATU: US. ZULKIFLI (0132299918), PN HABIBAH (0126510631)

5.       KAW. KOTA MELAKA: EN AZWAN (0126879046), PN ROHANA (0126309874)

6.       KAW. JASIN: UST. Mohd Hatta (0196852400), PN SALASIAH (01114766125)


ATAU SUK NEGERI KAMI, EN ZAIMI (0147322884), e-mel : pastimelaka@gmail.com

Keputusan Alam Ria PASTI Negeri Melaka 2013 dan Majlis Sambutan Hari Raya 2013

Assalamualaikum .. 

Berlabuh sudah Alam Ria PASTI Peringkat Negeri Melaka 2013. Tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir memberikan sokongan. Sekalung penghargaan kepada PASTI Kawasan Tangga Batu sebagai hos penganjur dan pengurusan Madrasah An-Nuriah Ad-Diniah dari segi persiapan tempat. Semoga mendapat ganjaran di akhirat, Insya-Allah.
Acara : Kalam Jamaie

Johan : PASTI At-Taqwa 2 (Kawasan Alor Gajah)
Naib Johan : PASTI An-Nuriah (Kawasan Tangga Batu)
Ketiga : PASTI Aliya Az-Zahra (Kawasan Masjid Tanah)

Acara : Nasyid
Johan : PASTI An-Nur (Kawasan Masjid Tanah)
Naib Johan : PASTI At-Taqwa 1 (Kawasan Alor Gajah)
Ketiga : PASTI As-Syakirin (Kawasan Jasin) Saguhati : PASTI Siti Khadijah (Kaw. Tangga Batu),
                 PASTI Kawasan Bukit Katil
                 PASTI Kawasan Kota Melaka

Acara: Pidato
Johan : Maryam binti Mohd Ali (Kawasan Bukit Katil)
Naib Johan : Nur Atiqah Izzati binti M. Yusuf (Kawasan Jasin)
Ketiga : Nureen Mardiah (Kawasan Masjid Tanah)

Acara : Khutbah
Johan : Aiman Zakwan bin Mohd Khusairi (Kawasan Masjid Tanah)
Naib Johan : Mohd Akmal bin Abdul Halim (Kawasan Bukit Katil)
Ketiga : Muhammad Nur Ikhwan bin Rashid (Kawasan Tangga Batu)

Acara : Bercerita (L)
Johan : Aimin Syakir bin Azman (Kawasan Masjid Tanah)
Naib Johan : Muhammad Alif Najib bin Hisan (Kawasan Kota Melaka)
Ketiga : Muhammad Hakim bin Jasme (Kawasan Tangga Batu)
Saguhati: Munir Husaini bin M. Mohsin (Kawasan Alor Gajah)
                Muhammad Syamimi bin Helimi (Kawasan Bukit Katil)

Acara : Bercerita (P)
Johan : Nurul Hanan binti Shamsul Azam (Kawasan Jasin)
Naib Johan : Farah Shakirah binti Ahmad Firdaus (Kawasan Masjid Tanah)
Ketiga : Nur Batrisya binti Faizal (Kawasan Tangga Batu)
Saguhati : Zarifah Amalia binti Zainal Amilin (Kawasan Alor Gajah)

Acara : Hafazan (L)
Johan : Fawwaz bin Ikhwan Murni (Kawasan Kota Melaka)
Naib Johan : Muhammad bin Zaim (Kawasan Alor Gajah)
Ketiga : Muhammad Wafiq Muqri (Kawasan Tangga Batu)
Saguhati : Muhammad Amar (Kawasan Jasin)
                 Muhd Ikram Azim (Kawasan Masjid Tanah)
                 Ameer Eyadh (Kawasan Bukit Katil)

Acara : Hafazan (P)
Johan : Nurul Iman (Kawasan Jasin)
Naib Johan : Aisyatur Radiah (Kawasan Masjid Tanah)
Ketiga : Nur Insyirah (Kawasan Tangga Batu)
Saguhati : Nurul Hanan (Kawasan Kota Melaka)
                 Nur Izzean (Kawasan Bukit Katil)
                 Ainul Adrea (Kawasan Alor Gajah)

Acara : Azan

Johan : Ahmad Qayyum (Kawasan Jasin)
Naib Johan : M. Hafiz (Kawasan Bukit Katil)
Ketiga : M. Farizal (Kawasan Tangga Batu)
Saguhati : Shahmi (Kawasan Masjid Tanah)
                 M. Ashlamilkhair (Kawasan Alor Gajah)
                 M. Saifullah (Kawasan Kota Melaka)

Acara : Sajak (L)
Johan : Aqil Hilman bin Aris (Kawasan Tangga Batu)
Naib Johan : Adam Darwisy bin Sufyan (Kawasan Alor Gajah)
Ketiga : M. Adam Najmi bin Nasirimun (Kawasan Bukit Katil)
Saguhati : Muhd Izeham (Kawasan Masjid Tanah)

Acara : Sajak (P)
Johan : Nurul Ridwah binti Radzuan (Kawasan Alor Gajah)
Naib Johan : Nur Imanina Husna (Kawasan Masjid Tanah)
Ketiga : Nor Edrynaz Syifa binti Norsuzaidee (Kawasan Tangga Batu)
Saguhati : Nur Taqinah binti Johari (Kawasan Kota Melaka)
                 Durratun Naqiyah (Kawasan Bukit Katil)
                 Sofiah Adibah (Kawasan Jasin)

sumber : PASTI MELAKA

Rabu, Disember 19, 2012

Tiada Facebook di Kubur


Assalamualaikum .. Salam Mesra

"Suatu malam, sebelum tidur si anak bertanyakan ayahnya.

Anak: "Ayah, boleh tak adik update facebook dari dalam kubur?"

Ayah: "Tak boleh sayang.."

Anak: "Kalau adik nak update juga?"

Ayah: "Tak boleh. Kalau facebook boleh diupdate dari dalam kubur setelah mati, mungkin ini statusnya:

1. "Allahurobbi! Besarnya ular! Banyaknya kepala dia!"

2. "Ya Allah! Lipan banyaknya! Kala jengking besar-besar!"

3. "Allah! Mak abah tolong!! Tolonglah keluarkan daku dari tempat yang menakutkan ini!"

4. "Arghhhhhh! (tulang rusuk kanan bersatu dengan tulang rusuk kiri dihimpit bumi kiri kanan)"

5. "Ya Allah! Sakitnya tidak terperi lagi dipalu malaikat-malaikatMu ini..aku bertaubat Ya Allah..ampunilah daku!"

6. "Ya Allah! Panas membakarnya seluruh tubuhku ini! (tubuh dipanggang)

7. "Ya Allah! Gelapnya di dalam kubur ini...takuttt..."

8. "Ya Allah! Kembalikanlah aku ke dunia! Aku berjanji akan taat!"

Adik: "Boleh tak kembali ke dunia setelah mati?"

Ayah: "Sesungguhnya sudah tidak ada peluang kedua lagi apabila jasad telah terpisah dari roh. Merayulah keluar air mata darah sekalipun, tidak lagi akan dikembalikan ke dunia."

Adik: "Hmmmm..jadi tak bolehlah update ya.."

Ayah: "Ya tak boleh. Update facebook tidak perlu. Update iman dan akhlak sangat perlu. Update ilmu al-Quran juga perlu. Mereka yang lalai dengan facebook akhirnya akan update status-status seperti ayah ceritakan tadilah. Orang-orang yang melebihkan facebook, twitter melebihi Tuhannya, akan mengalami situasi-situasi tersebut. Adik mahukah begitu?"

Adik menggeleng-geleng kepalanya seraya menyerahkan iPad kepada ayahnya.

Adik: "Ayah simpanlah benda ni. Adik tak perlukan. Esok ayah tolong carikan adik tempat belajar Quran ya. Adik nak belajar mengaji."

Ayah tersenyum memeluk anaknya. Mengucup lembut anaknya. Moga jadi anak yang soleh hendaknya. Amin :-)

Pendaftaran dan Kemasukan ke PASTI 2013

Assalamualaikum .. Salam Mesra


Sudahkah anda mendaftarkan anak anda ke pusat asuhan/tadika? Daftarlah ke PASTI yang berhampiran. :)Hubungi 014-7322884 untuk maklumat lanjut (No handset ini hanya untuk PASTI di Melaka sahaja).