Iklan 2

Iklan 2

Pengikut

Khamis, Mei 07, 2009

PASTI MELAKA Terus Ditekan

PASTI Negeri terus menerus menghadapi tekanan dari Kerajaan Negeri Melaka dan agensi-agensi kerajaan. Kes perbicaraan terhadap beberapa PASTI dinegeri ini sudah berlarutan bertahun-tahun tanpa penyelesaian.

Pengurus-pengurus PASTI terpaksa berulang alik turun naik Mahkamah akibat kekejaman pihak berkuasa. Mengapa begitu zalim mereka ini terhadap anak-anak kecil yang ingin menimba ilmu Islam sedangkan banyak lagi kerja lain yang sepatutnya mereka lakukan.

Sepatutnya pihak berkuasa membantu dan menolong pengusaha PASTI bagi meningkatkan lagi taraf pengajaran dan pembelajaran PASTI sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor.

Mahkamah Persekutuan Selasa lalu memutuskan untuk menangguhkan perbicaraan kes penyemakan penghakiman Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI ) Al – Kautsar, Ayer Keroh setelah panel hakim yang bersidang bersetuju dengan permohonan barisan peguam PASTI supaya kes ini dihakimi oleh 5 orang hakim.

Keputusan dibuat setelah mendengar penghujahan dari kedua – dua pihak pemohon dan responden. Panel 3 orang hakim yang dipengerusikan oleh Panel Hakim Mahkamah Persekutuan Ariffin Zakaria yang menyifatkan kes ini sebagai ‘interesting’ membuat membuat keputusan tersebut setelah mendengar dan menimbangkan soalan yang ditimbulkan untuk diputuskan oleh mahkamah.

Isu yang timbul adalah samada majistret mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan jenayah syariah dan samada kebenaran untuk mendakwa yang dikeluarkan oleh pendakwaraya yang membenarkan pendakwaan berkaitan kesalahan jenayah syariah di mahkamah sivil adalah berpelembagaan. Barisan hakim yang dipengerusikan oleh Yang Arif Ariffin Zakaria membuat keputusan tersebut dengan berkata hasil daripada keputusan perbicaraan ini akan mendatangkan implikasi yang besar dan mendalam kepada perundangan negara kerana ia melibatkan perundangan syariah dan sivil seluruh Malaysia .

Oleh itu kes ini dianggap serius dan harus diadili oleh panel hakim sepenuhnya. Tuan Haji Sulaiman Abdullah, salah seorang daripada peguam yang mewakili PASTI membuat permohonan supaya kes ini dihakimi oleh sekurang – kurangnya 5 orang hakim telah meminta agar diberikan masa yang secukupnya untuk membuat persediaan. Panel hakim memberikan peluang kepada kedua – dua pihak peguam PASTI dan peguam yang mewakili peguam negara supaya memilih dan menetapkan sendiri tarikh perbicaraan berikutnya, yang telah dipersetujui oleh pendaftar mahkamah pada 29 September 2009.

Defendan di dalam kes ini, En. Mohd Nor telah dituduh menyelenggarakan PASTI Al - Kautsar, Ayer Keroh tanpa mendaftarkannya kepada Jabatan Agama Islam Melaka ( JAIM ) pada tahun 2005 telah didakwa di bawah Enekmen 51 Pengawalan Sekolah – sekolah Agama Islam ( Melaka ) 2002.

Beliau boleh dihukum di bawah Seksyen 53 yang jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih daripada RM5000 atau penjara tidak lebih daripada 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Saf peguam PASTI telah memohon supaya majistret menangguhkan kes ini untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka kerana isu berkaitan dengan perlembagaan timbul.

Mahkamah Tinggi Melaka telah menangguhkan kes ini ke Mahkamah Persekutuan dan kes ini telah berlanjutan selama beberapa tahun lamanya setelah dibicarakan beberapa kali di peringkat Mahkamah Persekutuan yang sebelum ini dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Tuan Haji Muhamad Burok yang juga merupakan salah seorang peguam PASTI ketika ditemuramah menegaskan bahawa soalan yang timbul samada pertuduhan kes ini memberi kuasa kepada mahkamah majistret untuk menghakimi kes berkaitan agama islam wajib dijawab mahkamah yang bersidang dengan panel penuh.

Beliau berkata saf peguam PASTI telah berhujah di Mahkamah Tinggi Melaka bahawa adalah tidak wajar kes syariah didengar oleh mahkamah sivil kerana ia mendedahkan kepada kemungkinan hakim bukan islam untuk membicarakan dan memutuskannya.

Perbicaraan pada hari ini turut dihadiri oleh beberapa wakil dari PAS Kawasan Bukit Katil, Setiausaha PASTI Negeri Melaka dan 3 orang wakil dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil yang diketuai oleh ketuanya, Saudara Puat bin Bedol.

Selasa, Mei 05, 2009

Memahami ilmu keibubapaan

IBU bapa sebagai institusi masyarakat berperanan membentuk dan membimbing anak menjadi insan cemerlang dan berjaya.

Demi memastikan kesejahteraan keluarga, ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja bagi memenuhi keperluan anak-anak termasuk dari segi material, pendidikan dan keselamatan.Dalam zaman serba mencabar ini, kewibawaan mereka sebagai ibu bapa sering kali diuji sehingga menuntut mereka untuk sentiasa mendalami ilmu keibubapaan.

Namun seperkara yang sering kali dilupakan kebanyakan ibu bapa ialah soal penjagaan kesihatan keluarga, sedangkan ia antara jaminan kepada melahirkan generasi yang sihat dan berkualiti.

Bagi membantu ibu bapa mendalami ilmu keibubapaan serta penjagaan kesihatan keluarga, Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) dengan usaha sama Persatuan Obstetrik & Ginekologi Malaysia (OGSM) dan Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) mengambil inisiatif melancarkan fasa kedua Program pendidikan ibu bapa Positive Parenting (Asuhan Positif) di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, baru-baru ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Tan Sri Zaleha Ismail.

Menurut Presiden MPA, Dr. Zulkifli Ismail, usaha tersebut adalah seiring dengan peningkatan usia MPA sendiri yang telah mencecah tujuh tujuh tahun dalam memberi bimbingan dan ilmu tambahan kepada bakal atau ibu bapa.

Katanya, demi memastikan institusi keluarga terus kukuh dan terpelihara, skop yang diperkenalkan melalui program pendidikan dalam fasa kedua itu lebih luas dan menyeluruh.

“Jika sebelum ini skop meliputi teknik sesuai dalam proses penjagaan dan tumbesaran anak, kami memfokuskan tiga topik berkaitan kesihatan iaitu Kesihatan Ibu Hamil, Kanak-Kanak dan Keluarga.

“Mereka yang bakal atau yang telah bergelar ibu bapa boleh melayari laman web kami di www.po sitiveparenting.com bagi mendapatkan maklumat pelbagai topik terutama berkaitan kesihatan ibu dan kanak-kanak,” ujarnya.

Disediakan dalam dua bahasa, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris ia bagi memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mengases maklumat.

Antara topik utama yang dibincangkan termasuk Penjagaan Ibu Hamil meliputi penjagaan kehamilan, pemakanan, bersalin dan keadaan kesihatan si ibu.

Topik kedua tentang Kesihatan Kanak-Kanak dan Pediatrik, meliputi penjagaan anak, vaksin dan pencegahan kecederaan.

Sementara itu, topik Kesejahteraan Keluarga meliputi Perkahwinan, Asuhan dan Kewangan, selain Pemakanan yang menyentuh tentang Penyusuan Ibu, Makanan Pelengkap, Kanak-Kanak Bertatih dan Prasekolah.

Program pendidikan keibubapaan ini merupakan hasil kerjasama Persatuan Kesihatan Mental, Persatuan Perlindungan Kanak-Kanak Berdaftar dan LPPKN di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sempena pelancaran itu, satu seminar dianjurkan dengan menampilkan beberapa penceramah berpengalaman yang membincangkan pelbagai topik keibubapaan dan kesihatan keluarga.

Antaranya, Konsultan O&G, Prof Dr. Tan Ay Eeng, yang menyampaikan ceramah bertajuk ‘Kehamilan Yang Selamat dan Selesa’, Pakar Dietitik, Peggy Tang bertajuk, ‘Pemakanan Untuk Anak Anda’ dan Konsultant Pediatrik, Dr. Yon Junina Fadzil menyampaikan ceramah bertajuk ‘Penjagaan Kesihatan Anak.’

Tidak ketinggalan ceramah bertajuk ‘Membina Keluarga Yang Positif melalui Kognitif dan Pembangunan Psikologi’ oleh Ketua Jabatan di Fakulti Sains Kemanusiaan di Universiti HELP, Dr. Goh Chee Leong.

Kanak-kanak dan Rakan-Rakan

Kanak-kanak pertengahan dan akhir banyak menghabiskan masanya dengan berinteraksi dengan rakan sebaya mereka.Menurut penelitian yang dilakukan oleh Santrock, 2002, kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun, menghabiskan 40% waktu siangnya untuk berinteraksi dengan rakan sebayanya.Kegiatan yang biasanya dilakukan adalah bermain, berjalan-jalan dan bersosial. Kebanyakan interaksi berlaku di luar rumah ( walaupun dekat dengan rumah ), lebih terjadi di kawasan-kawasan peribadi daripada di kawasan-kawasan awam, dan sering terjadi di antara kanak-kanak yang sama jenis jantina daripada kanak-kanak yang berbeza jenis jantina.
*
Rakan sebaya mempunyai peranan penting dalam proses sosialisasi kanak-kanak. Ia berkaitan dengan penerapan nilai yang dapat diterima oleh persekitaran sosian salam suatu permainan. (Hetherington & Parke, 1999).Rakan sebaya merupakan sumber informasi bagi seseorang kanak-kanak untuk mengetahui nilai dan bagaimana memupuk sikap baik ketika bermain bersama rakan.
*
Proses sosialisasi pada rakan sebaya dilakukan melalui modeling dan reinforcement. Kanak-kanak lain berfungsi sebagai social model yang akan ditiru oleh kanak-kanak dan membentuk perilaku mereka. Rakan sebaya juga memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak mengembangkan self image dan self esteem kerana ia memberikan suatu standart bagi seorang kanak-kanak dalam menilai dirinya sendiri.
*
Hasil penelitian menunjukan bahawa kanak-kanak menggunakan perbandingan sosial (social comparison) dengan kelompok rakan sebaya. Proses ini merupakan dasar perbentukan self image dan self esteem kanak-kanak (Hetherington & Parke, 1999). Apabila mereka merasakan dirinya mempunyai kemampuan yang sama atau lebih dari rakan sebayanya, maka terbentuklah self image yang positif dan sebaliknya bila kanak-kanak merasa kemampuan dirinya berada dibawah rakan sebayanya, maka terbentuklah self image yang negatif.Selain itu, interaksi dengan rakan sebaya juga berperanan dalam mengembangkan self control dan kemampuan mereka untuk berfikir atau memodifikasi masalah perilaku. (Hetherington & Parke, 1999).