Iklan 2

Iklan 2

Pengikut

Selasa, April 21, 2009

Perspektif Kanak-kanak

Kanak-kanak adalah seorang yang digelar budak atau anak kecil yang dimaksudkan sebagai manusia muda iaitu seorang yang belum mencapai baligh serta belum tahu untuk membuat keputusan dengan sendirinya. Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi sebelum menjadi orang dewasa. Kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu kanak-kanak awal serta kanak-kanak pertengahan dan akhir, kanak-kanak awal dari usia bayi sehingga umur 6 tahun manakala kanak-kanak pertengahan dan akhir di antara 7 tahun sehingga 12 tahun. Akhirnya kanak-kanak pertengahan dan akhir adalah kanak-kanak mula ingin mengetahui sesuatu yang mereka lihat dan perhatikan.

Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak merupakan tempoh yang tenang. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada peringkat ini tidak terlalu pesat tetapi konsisten.Pada peringkat permulaan persekolah, kanak-kanak akan meninggi secara purata iaitu dua hingga tiga inci setahun sehingga berumur sebelas tahun.Purata tinggi kanak-kanak perempuan adalah 4 kaki atau 10¼ inci manakala purata tinggi kanak-kanak lelaki adalah 4 kaki atau 9 inci.Pada peringkat ini juga, berat badan kanak-kanak akan bertambah sebanyak 5 hingga 7 paun setahun. Pertambahan berat badan adalah disebabkan pertambahan saiz tulang dan sistem otot serta organ tubuh badan tertentu. Peningkatan berat dan kekuatan motor pada kanak-kanak pertengahan dan akhir adalah diprngaruhi oleh factor genetic dan senaman. Kanak-kanak lelaki pada peringkat ini adalah lebih kuat berbanding dengan perempuan kerana lelaki mempunyai lebih banyak sel otot. Peningkatan tinggi tubuh badan kanak-kanak akan menyebabkan pengurangan lilitan kepala, pinggan, dan kepanjangan kaki.Satu perubahan fizikal yang sukar diperhatikan ialah tulang-tulang lembut kanak-kanak akan terus berkembang menjadi tulang yang matang. Walaubagaimana pun, pada peringkat ini tulang kanak-kanak adalah mudah terpatah.

Tiada ulasan: