Iklan 2

Iklan 2

Pengikut

Isnin, Ogos 04, 2014

PROGRAM ALAM RIA PASTI KAWASAN JASIN

Jabatan PASTI Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin akan mengadakan program Alam Ria PASTI Kawasan Jasin pada 16 Ogos 2014 bertempt di KPA Agro Bazaar Resort, Lebuh AMJ bermula jam 8.30 pagi hingga jam 1.30 petang. Program yang merupakan agenda tahunan Jabatan PASTI ini bakal mengukir sejarah tersendiri dimana program ini bakal dilaksanakan sekali bersama Jamuan Hari Raya Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin. 

Menurut pengarah program, program yang saban tahun diadakan ini bakal menghimpunkan bakat bakat baru yang mewakili PASTI dalam kawasan Jasin dan bertujuan untuk meraikan Sambutan AidilFitri yang masih lagi disambut dalam bulan Syawal.Justeru itu, semua dijemput hadir bagi sama-sama meraikan Majlis Program Alam Ria PASTI dan Jamuan Hari Raya yang bakal dilaksanakan nanti.

Tiada ulasan: