Assalamualaikum adik-adik sekalian
Alhamdulillah minggu depan insya Allah kita akan sama-sama memulakan sesi persekolahan kita untuk tahun 2012 dan ade beberapa perkara yang rasanya wajar ustaz sarankan kepada adik-adik semasa masuk ke sekolah untuk meneruskan pembelajaran. Antaranya ialah adab semasa belajar atau adab semasa kita bersama dengan guru.
1)Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormanatan - Ikut jantina
2) Jangan banyak bercakap dihadapan guru
3) jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
4) Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
5) Jangan menyangkal kata-kata guru.
6) Jangan mengumpat pelajar lain.
7) Jangan berbisik di hadapan guru.
8) Jangan berpaling kiri dan kanan.
9) Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
10) Berdiri apabila guru bangun.
11) Dengar dengan kusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
12) rujuk guru dalam memilih ilmu.
13) Jangan duduk tempat guru.
14) Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat.
15) Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
16) Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauh kemurkaannya.
17) Muliakan anak-anak guru.
18) Selalu berhubung dengan guru.
19)Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
20)Selalu mendoakan guru selepas setiap solat fardhu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan