Iklan 2

Iklan 2

Pengikut

Jumaat, Jun 03, 2011

IHTIFAL SUKAN PASTI PERINGKAT NEGERI MELAKA 2011

Seramai 100 orang pelajar-pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) mewakili 6 kawasan Palimen telah menyertai Sukan PASTI Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung di Sekolah Menengah Agama Ar-Arahmah, Ayer Molek..

Sambutan sukan PASTI peringkat negeri Melaka di rasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Haji Yuhaizad Abdullah.

Pengerusi PASTI Negeri Melaka, Cikgu Kadir Dewa berkata, sukan PASTI ini merupakan acara tahunan yang bertujuan mengeratkan lagi ukhuwah sesame pelajar-pelajar dan guru-guru seluruh negeri menerusi sukan selain mencari bakat-bakat baru pelajar-pelajar .

Dalam upacara penutupan sukan PASTI Ketua Pemuda PAS Melaka, Saudara Yuhaizad berkata sukan PASTI dapat memupuk pelajar agar sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang sebagai seorang muslim. Ia di terjemahkan melalui peraturan dan undang-undang di dalam acara sukan yang di adakan.

Ketua Pemuda Melaka, Haji Yuhaizad bergambar bersama pemain pasukan akhir dari PASTI Kawasan Alor Gajah dan PASTI Kawasan Jasin

Kanak-kanak PASTI lincah bermain bola jaring

Pertandingan Bola Sepak sukan PASTI Negeri Melaka di menangi oleh PASTI Kawasan Jasin, tempat kedua adalah PASTI Kawasan Alor Gajah dan ketika PASTI Kawasan Masjid Tanah. Pertandingan bola jaring pula di menangi oleh PASTI Kawasan Alor Gajah, tempat kedua PASTI Kawasan Tangga Batu dan ketiga PASTI Kawasan Masjid Tanah.



Tiada ulasan: